Selasa, 27 Mac 2012





Pada 22.3.2012 saya dan Saiful turun padang untuk membuat beberapa penerbangan, bagi saya untuk penerbangan rc pagi itu adalah untuk menstabilkan semula kedudukan kapal saya yang sebelum ini eleronnya ada sedikit kerosakan. Alhamdulillah setelah diperbaiki saya dapat fly semula Tiger 60 itu dengan stabil dan selamat mendarat.

Khamis, 10 Februari 2011

Rc Plane Vendor







Hasmirol atau lebih dikenali dengan nama Fitri, pengasas MAC merangkap juruterbang RC yang berpengalaman, Belia berpengalaman dalam bidang tinikal pemasangan rc plane seperti pemasangan body, enjin, servo seterusnya seting sehingga kapal tersebut dapat diterbangkan, juga sebagai tranair bagi peminat2 rc plane yang baru. Bagi pilot2 rc plane MAC jika terdapat sebarang masaalah pembaikan dan lain tiada orang lain lagi yang dapat kami rujuk melainkan kepada beliau. Terkadang serah kepada beliau untuk memperbaiki kapal yang crash, Ahlhamdulillah berkat pengalaman yang beliau miliki kapal yang dibaiki dapat berfungsi semula.






Rabu, 9 Februari 2011

Aksi-aksi yang yang menjadikan penonton tergamam











Cikgu Shamsul, sebut saja nama beliau memang tidak asing lagi bagi dunia rc, lebih-lebih lagi dalam pernerbangan Heli, Beliau diantara ahli kanan MAC yang memang pro dalam penerbangan heli dan mahir dalam pemasangan dari mula sehingga heli itu boleh diterbangkan. Dengan kecekapan beliau MAC selalu diundang untuk membuat persembahan di majlis2 resmi kerajaan seperti Hari Kebangsaan, tidak ketinggalan juga diundang untuk menyerikan lagi majlis perkahwinan dengan persembahan pernerbangan heli, kapal terbang dan lain2.

Cikgu Shamsul orang yang mudah mesra, periang dan banyak aksi2 beliau yang menceriakan suasana terutamanya semasa berada di lokasi penerbangan rc, beliau sentiasa mencurahkan ilmu2nya untuk dikogsi bersama dengan teman-teman rc yang lain. sesekali beliau lepas geram di lokasi dengan membuat penerbangan yang membuatkan penonton " tegak bulu roma" tergamam, mana2 persenol yang tiada pengalaman dan tidak pernah melihat penerbangan rc heli mereka menyangka heli tu nak terhempas kebumi.

Isnin, 7 Februari 2011

Kunjungan Sahabat RC dari P.Pinang dan Sg.Siput











Pada 5.2.2011 saya dalam perjalanan ke Sitiawan Mini Airport untuk aktiviti fly mingguan, tiba2 telipon bimbit berdering, " Ustaz ni Bob ni " tanya saya " Kat mana tu" jawab Bob " saya dah ada kat padadang la" .Seorang sahabat RC dari Menkuang dan pdang Polo Pulau mutiara datang mengunjungi teman-teman di sini. Alhamdulillah bermula dari berkenalan dalam forum duniarc, pada hari tersebut dapat kami berramah mesra dengan lebih dekat lagi. Terima kasih diatas kunjungan anda.

Masa berlalu tak berapa lama, dimana saya tengah menerbangkan Tiger Spot 60, tiba2 terdengar suara dari belakang bertanya kabar, memang saya kenal benar dengan suara tu, Bisik dalam hari saya " ni bang Mail ni".....setelah saya landingm, memang benar Bang Mail dari Sg.Siput datang dengan helinya untuk fly ( bahasa peminat rc) bersama kami. Alhamdulillah juga kerana agak lama tidak ketemu dengan Bang Mail yang ramah dan mudah mesra.


Kami silih berganti Fly dengan aircraff masing-masing sehingga jam 12.40th. Harapan dapat juga sahabat Rc yang lain datang ke Sitiawan seandainya masa mengizinkan supaya kita dapat berkenalan dan bertukar-tukar fikiran tentang dunia rc.

Selasa, 1 Februari 2011

Dari Heli ke EP Plane.











Salah seorang dari MAC member yang memang terkenal dengan penerbangan Heli, kini ingin bertukar angin dengan mencuba-cuba berjinak dengan EP PLANE, dulu beliau pernah menyatakan bahawa menerbangkan kapal terbang susah baginya, padahal pada hakikatnya penerbangan Heli lebih mencabar dan rumit dari kapal terbang. Kini telah terjawab dakwaan beliau itu bahawa kapal terbang lebih mudah kawalannya dari heli setelah beliau mula menerbangkannya, pada hari itu tidak kurang dari tiga kali beteri di cas semula untuk menerbangkan kapal terbang itu, pada hemat saya seakan akan tidak cukup dengan hanya satu pernerbangan. Mac harap "Cikgu" berterusan dari masa ke semasa "fly" bersama MAC dengan membawa kapal terbang yang pelbagai model di pasaran.

Khamis, 27 Januari 2011

Aktiviti Mingguan Manjung Aeromedel Club
















Kebisaannya ahli-ahli MAC mengadakan aktiviti pernerbangan rc pada hujung minggu atau hari cuti umum. Kerana kebanyakan dari ahli2nya terdiri dari pegawai2 kerajaan dan perkerja2 swasta, ada juga diantaranya yang berkerja sendiri, kontarktor dan lain. Pada hari Sabtu dan Ahad kami akan berkumpul di Sitiawan Mini Airport lebih kurang jam 9.30 am, biasanya tamat pada jam 1.00 pm. Sebagai pengetahuan bersama, MAC memiliki surat kebenaran dari DCA untuk menjalankan aktiviti di lapangan terbang tersebut. Terkadang kala yang menyeronokan kami ialah "panggilan dari DCA meminta kami berehat" untuk memberi laluan kepada pendaratan kapal terbang atau helicopter. Justeru kamu berpeluang untuk menyaksikan aksi2 pendaratan kapal terbang seperti cessna, pilatus dan lain2, dan kami berpeluang untuk berkenalan dengan pilot2nya. " kami bertanya, kenapa mendarat sekejab saja" dengan selamba mereka menjawan, " hehe kami singgah kena teh tarik kat restoran di sebelah tu...".Gambar2 dibawah tu adalah sebanhagian dari MAC Members.